BOOKU Community Library

Rindu Saliha

Anita Abdullah

Rindu Saliha

Saliha seorang gadis yang memiliki banyak keistimewaan. Dia menghadapi dugaan dalam percintaan. Namun begitu gadis ini tetap tabah dan yakin setiap kejadian ada hikmahnya. Dia lebih banyak mengadu dan berserah terhadap Yang Maha Pencipta dan mempunyai prinsip tersendiri dalam hidupnya. Semakin hatinya terluka semakin hampir dirinya dengan Tuhan. Dia memperindahkan lagi dirinya dengan akhlak yang mulia sesuai dengan fitrah sebagai perempuan.
Walaupun dilukai oleh kekasih pertama yang curang ketika berjauhan darinya namun di hatinya tidak pernah berdendam dengan jejaka tersebut. Dr Saif Hilfi dalam diam memujanya. Haikal, kekasih pertamanya masih mengharap kasihnya walaupun telah memiliki seorang gadis yang hebat. Juga Tengku Fikri yang pada awalnya berniat jahat padanya telah bertukar mencintainya. Dia tidak pernah melatah. Malah, dia tidak pernah emosional di dalam membuat keputusan. Tanpa di dugaanya Firdaus Zamawi anak rakan kongsi Umminya di Marina Resort yang juga dianggap sebagai sahabat turut menaruh perasaan terhadapnya. Firdaus Zamawi bernia untuk menjadikan Saliha sebagai isteri untuk menggantikan tempat tunangnya Dina yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.
Dalam keresahan jiwanya, rindu Saliha tetap satu.. lelaki itu terlalu istimewa buat dirinya walaupun dugaan terpaksa ditempuhi demi memiliki cinta yang sejati.. Tertunaikah harapan di hati Saliha kerana Allah telah menetapkan jodoh setiap insan yang diciptakanNya.

9789834255213

Malay ANI
18, Medan Nusa Perintis 3, Taman Nusa Perintis 81550 Gelang Patah, Johor, Malaysia Facebook : Booku Community Library Instagram : bookulibrary Website : booku.org.my

Powered by Koha