BOOKU Community Library

Sarah dan Kompang

Ezee Rahmani

Sarah dan Kompang

"Boleh ajar kakak main kompang?"
Berkelip-kelip mata Sarah memandang Amin. Wajah Amin begitu bersinar pada pandangannya.

"Bila?" soal Amin malas-malas.
"Sekarang!" cepat-cepat Sarah menjawab.
"Sekarang?" Dahi Amin sudah berkerut.

Sarah mengangguk, tersengih dan penuh mengharap. Lihat mukanya sahaja semua orang tahu dia benar-benar teruja hendak belajar main kompang dan siap berbuat apa sahaja asal diberi peluang belajar.

Sarah kini obseskan kompang selepas mendapat tahu Amin menganggotai Kelab Kompang di taman perumahannya. Tetapi dapatkah dia memujuk Amin menjadi gurunya... hmm...

9789833357543

Malay EZE
18, Medan Nusa Perintis 3, Taman Nusa Perintis 81550 Gelang Patah, Johor, Malaysia Facebook : Booku Community Library Instagram : bookulibrary Website : booku.org.my

Powered by Koha