Kasihku Arina
Material type:
- 9789675489471
- Malay MAZ
Item type | Current library | Home library | Collection | Call number | Copy number | Status | Date due | Barcode | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Book | Booku Library Services | Booku Library Services | Fiction | Malay MAZ (Browse shelf(Opens below)) | 1 | Available | 9789675489471 |
Browsing Booku Library Services shelves, Collection: Fiction Close shelf browser (Hides shelf browser)
Malay MAR Teduhan Kasih | Malay MAY Mahar Cinta Cinderella | Malay MAZ Spy Hati Dari Chantilly | Malay MAZ Kasihku Arina | Malay MAZ Bila Cinta Membara | Malay MEE Kasih Yang Suci | Malay MUH Asrama |
Kehilangan adiknya Chayi di Filipina membuatkan Arina separuh gila mencari adiknya. Demi keselamatan Chayi, dia terpaksa mengaku Alwiz sebagai tunangannya. Tapi semakin lama dia mengenali Alwiz, dia semakin dekat dengan rahsia yang menyelubungi dirinya sendiri. Sesuatu tentang Magdalena Anna aka Madina, ibunya sendiri harus dibongkar sebelum dia menemukan jawapan. Apatah lagi setelah dia tahu dirinya rupa2nya hilang ingatan dan terlupa siapa dirinya. Mampukah dia membongkar seluruh galur dirinya dari sebuah pengembaraan yang di luar jangkauan manusia biasa? Arina membirai kelopak matanya. Hatinya masih curiga dengan niat Alwiz, tetapi pada masa yang sama dia tidak tahu kenapa wajah lelaki itu kadangkala membuatkan hatinya berdebar-debar. Seolah-olah ada satu tarikan pada wajah Alwiz yg membuatkan dia seperti tenggelam dalam dunia lain.
Alwiz merenung gadis di sisinya. Wajah mencuka Arina ditatap tidak puas. Sebahagian hatinya meronta-ronta mahu mengatakan sesuatu, tetapi sebahagian dari hatinya melarang. Apalagi dia terikat dengan sumpah Magdalena Anna untuk tidak mencari gadis itu lagi dan menyimpan wajah itu di hatinya.
"Suatu hari nanti kau akan ingat semua perkara Arina. Kau akan mengingati Alwiz, kau akan mengingati aku. Jerry, Kim dan dan yang lain2. Aku tidak ingin memaksa tetapi kadangkala kau harus membuka pintu hati kau utk menerima kami." - Nakhael
.........................................
Menulis naskhah ini adalah cabaran besar buat saya. Hampir saya lelah mengumpul semangat, namun ia tidak pernah luntur walau seaat dalam diri. Saya amat senang menulis karya pelbagai genre, kerana saya suka mencuba sesuatu yang baru. KASIHKU ARINA adalah novel yg sgt berbeza dari novel2 yg pernah saya tulis sebelum ini. Sentuhan fantasi diberikan agar ianya mampu memberikan kelainan dalam karya-karya saya yang pernah anda baca.
-Mazni Aznita-
There are no comments on this title.