Usu Lijah
Material type:
- 9789674464080
- Malay ZAI
Item type | Current library | Home library | Collection | Call number | Copy number | Status | Date due | Barcode | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Book | Booku Library Services | Booku Library Services | Fiction | Malay ZAI (Browse shelf(Opens below)) | 1 | Available | 9789674464080 |
Browsing Booku Library Services shelves, Collection: Fiction Close shelf browser (Hides shelf browser)
Malay ZAI Puaka Kerusi Antik | Malay ZAI VAPE : Sedut Sampai Kering | Malay ZAI Bila Lampu Padam | Malay ZAI Usu Lijah | Malay ZAK Air Mata Buaya | Malay ZAR Kelab Jejaka Tampan | Malay ZAR Hero |
Jasmin diburu keresahan setelah kematian Usu Lijah. Dia dapat rasakan yang bayangan Usu Lijah sentiasa berada di mana-mana untuk mengganggunya. Di sekolah ketika mengajar jiwanya tidak tenteram. Dia bagaikan terdengar suara Usu Lijah memanggil-manggil namanya. Di rumah semasa nak melelapkan mata, kelibat Usu Lijah sering melintas di kelopak matanya. Membuatkan dia susah nak tidur. Bayangan Usu Lijah sentiasa menghantuinya. Setelah kematian Usu Lijah, keadaan kampung jadi huru-hara. Penduduk kampung sering diganggu oleh bayangan Usu Lijah. Selagi dia tak dapat apa yang dihendaki, selagi itulah dia akan menjelmakan diri tak kira siang mahupun malam. Yang paling terkesan ialah Pak Zaki dan Mak Bedah. Kedua-dua orang tua ini adalah mangsa seterusnya selain Jasmin.
Pak Long Din dan Imam Zakaria telah cuba menghalau gangguan ini tapi tidak berjaya. Malah makin ramai yang kena rasuk. Siapa sebenarnya Usu Lijah? Kenapa Usu Lijah sering memburu Jasmin? Siapa pula Imam Zakaria? Kenapa orang tua Jasmin pula dikaitkan dalam hal ini? Semuanya akan terjawab dalam novel Usu Lijah ini.
“Tolong mak usu, Min! Hanya kau seorang aje yang mak usu harapkan. Tiada orang lain. Kasihanlah mak usu.” - Usu Lijah.
“Aku tak nak keluar! Ni tempat baru aku. Kau yang sepatutnya keluar! Berambus kau dari sini!” – Man Kren
Jasmin terkejut apabila menyedari bahawa tanda-tanda itu ada pada Mak Bedah. Hisy, takkan mak aku! Mustahil! – Jasmin.
Iman Zakaria? Terkebil-kebil biji mata Daud. Siapa Iman Zakaria? Sepanjang dia duduk menyewa di kampung ini, haram sekali dia berjemaah di masjid. Manalah dia kenal siapa Iman Zakaria. – Daud
“Tolonglah saya imam. Ni melibatkan hidup dan mati keluarga saya. Saya dah buntu tidak tahu apa lagi harus dibuat.” Pak Zaki.
There are no comments on this title.