BOOKU Community Library
Local cover image
Local cover image

Perempuan Paling Bahagia

By: Material type: TextTextISBN:
  • 9789674690212
DDC classification:
  • Malay SYA
Summary: Bahagia adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia. Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam. Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa. "Baby Rayyan? Encik letak nama dia, Rayyan?" –ARISSA "Kenapa? Awak nak letak nama dia apa?"-RAFA "Rosyam Nor." -ARISSA Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissalah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri. Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu. “Dia berikan saya peluang untuk bahagia. Apa salahnya, saya berikan dia peluang untuk bahagia juga? Saya tak ada sesiapa, begitu juga Rayyan. Kita orang hanya ada satu sama lain saja, pak encik.” – ARISSA Alasan Rafa adalah kerana dia sudah mula jatuh cinta. Tetapi terikat dengan perjanjiannya dengan Datin Zarina, Rafa buat-buat... Kebal. “Errr... Neng. Jari tu, tak baik dibiarkan kosong lama-lama. Orang tua-tua kata, kalau jari tu dibiarkan kosong, nanti masuk angin. Orang tua-tualah yang kata, saya tolong sampaikan saja. Baik pakai sekarang.” - RAFA Alasan Datin Zarina pula adalah kerana dia telah meletakkan Arissa sebagai penama polisi insuransnya yang bernilai RM50 juta untuk mengaburi mata Dato’ Rafail yang mahu membunuhnya.
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
Star ratings
    Average rating: 0.0 (0 votes)
Holdings
Item type Current library Home library Collection Call number Copy number Status Date due Barcode
Book Booku Library Services Booku Library Services Fiction Malay SYA (Browse shelf(Opens below)) 1 Available 9789674690212

Bahagia adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia.
Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam.
Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa. "Baby Rayyan? Encik letak nama dia, Rayyan?" –ARISSA
"Kenapa? Awak nak letak nama dia apa?"-RAFA
"Rosyam Nor." -ARISSA

Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissalah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri. Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu.

“Dia berikan saya peluang untuk bahagia. Apa salahnya, saya berikan dia peluang untuk bahagia juga? Saya tak ada sesiapa, begitu juga Rayyan. Kita orang hanya ada satu sama lain saja, pak encik.” – ARISSA

Alasan Rafa adalah kerana dia sudah mula jatuh cinta. Tetapi terikat dengan perjanjiannya dengan Datin Zarina, Rafa buat-buat... Kebal.

“Errr... Neng. Jari tu, tak baik dibiarkan kosong lama-lama. Orang tua-tua kata, kalau jari tu dibiarkan kosong, nanti masuk angin. Orang tua-tualah yang kata, saya tolong sampaikan saja. Baik pakai sekarang.” - RAFA

Alasan Datin Zarina pula adalah kerana dia telah meletakkan Arissa sebagai penama polisi insuransnya yang bernilai RM50 juta untuk mengaburi mata Dato’ Rafail yang mahu membunuhnya.

There are no comments on this title.

to post a comment.

Click on an image to view it in the image viewer

Local cover image
18, Medan Nusa Perintis 3, Taman Nusa Perintis 81550 Gelang Patah, Johor, Malaysia Facebook : Booku Community Library Instagram : bookulibrary Website : booku.org.my

Powered by Koha