BOOKU Community Library
Local cover image
Local cover image

Ombak Duka

By: Material type: TextTextISBN:
  • 9789675822216
DDC classification:
  • Malay ARE
Summary: Diandra Irdina, tidak mahu terus-terusan dihujani dengan persoalan yang sering kali menyesakkan naluri wanitanya. Lantaran itu dia mengambil keputusan di luar jangkaannya. Tanpa ragu dia menerima lamaran untuk menjadi isteri kepada Amar Redza. Dugaan, rintangan dan halangan yang perlu ditempuhinya di awal usia perkahwinan mereka benar-benar menuntut kesabaran yang begitu tinggi. Kesungguhan Iqmal Adam yang tidak pernah lelah menagih cinta Diandra Irdina juga membuatkan hati kecil Diandra Irdina mula terusik. “Kalaulah saya boleh tahan hati saya ni dari mencintai awak, dah lama saya tahan. Dan kalaulah saya boleh ajar hati saya ni untuk berhenti dari menyayangi awak, dah lama saya lakukan semua tu,” luah Iqmal Adam bersungguh-sungguh. Pelbagai cara yang cuba Diandra Irdina lakukan untuk memenangi hati Amar Redza. Tatkala kebahagiaan mula berputik, Ariana bekas tunang Amar Redza muncul dalam hidup mereka. Dia hadir dengan niat yang tersendiri sehingga berjaya menggugat kepercayaan Amar Redza terhadap isterinya. Diandra Irdina hilang punca. Menggigil seluruh tubuhnya saat mendengar lafaz kata suaminya. “Awak puas ke bila saya merayu-rayu pada awak macam ni? Ni ke yang awak mahukan dari saya? Awak nak balas balik semua yang telah saya lakukan pada awak? Awak nak saya rasa semua yang awak rasa selama ni? Kalau awak ingat dengan menyakiti hati saya boleh puaskan hati awak, awak buatlah! Teruskanlah! Tapi satu aje yang saya nak awak cakap pada saya sekarang. Betul ke awak dah tak ada apa-apa perasaan pada saya lagi? Betul ke yang awak memang bencikan saya?” Amar Redza bungkam bila Diandra Irdina tidak mempedulikan dirinya. “Apa yang tinggal dalam hati saya sekarang hanyalah perasaan benci dan dendam yang semakin hari semakin menebal untuk awak. Di dalam hati saya sudah hilang rasa sayang dan cinta untuk awak. Dah hilang! Dah mati!” hambur Diandra Irdina sepuasnya. Menyesal? Semua itu sudah terlambat buat Amar Redza bila hati Diandra Irdina seakan sudah mati untuknya. Masih adakah ruang yang tersisa di hati Diandra Irdina buat Amar Redza, di kala hatinya dilambung ombak duka? Atau ruang itu telah dimiliki oleh Iqmal Adam?
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
Star ratings
    Average rating: 0.0 (0 votes)
Holdings
Item type Current library Home library Collection Call number Copy number Status Date due Barcode
Book Booku Library Services Booku Library Services Fiction Malay ARE (Browse shelf(Opens below)) 1 Available 9789675822216

Diandra Irdina, tidak mahu terus-terusan dihujani dengan persoalan yang sering kali menyesakkan naluri wanitanya. Lantaran itu dia mengambil keputusan di luar jangkaannya. Tanpa ragu dia menerima lamaran untuk menjadi isteri kepada Amar Redza. Dugaan, rintangan dan halangan yang perlu ditempuhinya di awal usia perkahwinan mereka benar-benar menuntut kesabaran yang begitu tinggi. Kesungguhan Iqmal Adam yang tidak pernah lelah menagih cinta Diandra Irdina juga membuatkan hati kecil Diandra Irdina mula terusik.

“Kalaulah saya boleh tahan hati saya ni dari mencintai awak, dah lama saya tahan. Dan kalaulah saya boleh ajar hati saya ni untuk berhenti dari menyayangi awak, dah lama saya lakukan semua tu,” luah Iqmal Adam bersungguh-sungguh.

Pelbagai cara yang cuba Diandra Irdina lakukan untuk memenangi hati Amar Redza. Tatkala kebahagiaan mula berputik, Ariana bekas tunang Amar Redza muncul dalam hidup mereka. Dia hadir dengan niat yang tersendiri sehingga berjaya menggugat kepercayaan Amar Redza terhadap isterinya. Diandra Irdina hilang punca. Menggigil seluruh tubuhnya saat mendengar lafaz kata suaminya.

“Awak puas ke bila saya merayu-rayu pada awak macam ni? Ni ke yang awak mahukan dari saya? Awak nak balas balik semua yang telah saya lakukan pada awak? Awak nak saya rasa semua yang awak rasa selama ni? Kalau awak ingat dengan menyakiti hati saya boleh puaskan hati awak, awak buatlah! Teruskanlah! Tapi satu aje yang saya nak awak cakap pada saya sekarang. Betul ke awak dah tak ada apa-apa perasaan pada saya lagi? Betul ke yang awak memang bencikan saya?”

Amar Redza bungkam bila Diandra Irdina tidak mempedulikan dirinya.

“Apa yang tinggal dalam hati saya sekarang hanyalah perasaan benci dan dendam yang semakin hari semakin menebal untuk awak. Di dalam hati saya sudah hilang rasa sayang dan cinta untuk awak. Dah hilang! Dah mati!” hambur Diandra Irdina sepuasnya.
Menyesal? Semua itu sudah terlambat buat Amar Redza bila hati Diandra Irdina seakan sudah mati untuknya. Masih adakah ruang yang tersisa di hati Diandra Irdina buat Amar Redza, di kala hatinya dilambung ombak duka? Atau ruang itu telah dimiliki oleh Iqmal Adam?

There are no comments on this title.

to post a comment.

Click on an image to view it in the image viewer

Local cover image
18, Medan Nusa Perintis 3, Taman Nusa Perintis 81550 Gelang Patah, Johor, Malaysia Facebook : Booku Community Library Instagram : bookulibrary Website : booku.org.my

Powered by Koha