Anak tertumpahkan air,marah. Anak conteng dinding, marah. Anak lambat membaca, marah. Semua benda pun nak marah. Cuba tarik nafas, hembusss....
Kita ibu bapa ni, kadang-kadang terlalu mementingkan diri, tak pandai kawal emosi, tak pandai berlembut dalam mendidik, dan lebih cepat melenting daripada membimbing.
Kita jarang selami jiwa anak-anak. Walaupun dulu semasa bergelar anak, kita juga impikan ibu bapa yang memahami. Kan?
Why so serious, parents?
Jom pasang matlamat untuk sentiasa jadi nombor satu dalam hati anak-anak. Jadi orang pertama yang anak-anak dambakan dalam apa jua situasi.
Sementara mereka masih mahu memandang wajah kita. Sementara masih kedengaran suara-suara comel mereka memanggil-manggil kita. Sementara mereka masih sudi peluk cium kita seikhlasnya. Dan sementara semuanya masih belum terlambat.
Why so serious, parents?
Let's try to put a smile on our face everyday, and be the funniest, the happiest and the proudest parents to our children.