' Selagi ada sinar mentari, selagi itu aku menanti... '
Dia tahu Intan mempercayainya tanpa sebarang syarat. Dia tahu Intan memahami cinta menuntut kesabaran. Cinta menuntut pengorbanan. Cinta berdurikan dugaan. Dalam cinta terkandung tanggungjawab. - Farid
Liku-liku yang dilalui mereka, bukan lagi mimpi ngeri, malah nostalgia itu memberi satu sinar bagi mereka memulakan kehidupan baru. Intan percaya bahawa Tuhan sengaja menduga keteguhan cinta mereka. - Intan