Norzailina Nordin

Untukmu Permata Hatiku

Takdir menentukan dua insan seni, Mior Hashim Manap dan Izzaidah Khairan memeterai percintaan mereka dengan ikatan perkahwinan.

Penantian selama lapan tahun terurai dengan kelahiran cahaya mata. Namun, di sebalik anugerah ini tersembunyi dugaan. Tiga daripada tujuh anak mereka disahkan menghidap myopathy, sejenis penyakit otot.

Antara ketabahan seorang ibu dan semangat jitu seorang ayah, setiap hari adalah perjuangan demi melihat permata hati terus bernafas tanpa rasa menderita. Di dalam segenap tenaga yang termampu, mereka terus tabah berkongsi sebuah bahtera kehidupan.

Takwa mereka kini diuji ALLAH. Wajarkah kita melihat saja keperitan yang mereka tanggung? Apakah hati kita akan tenang hanya sekadar memerhati?

9789831240878

Malay NOR