TY - BOOK AU - Imias Farhani TI - Jauhari Hatiku SN - 9789675067365 U1 - Malay IMI N2 - Kisah Farisa yang lahir dan membesar di dalam keluarga sederhana tanpa lelaki bergelar bapa. Dia adalah watak antara ribuan wanita yang tabah dalam meniti kehidupan walaupun sering diasak dengan pelbagai dugaan. Bermula dengan pertemuan dengan Daniel McComick, pemuda peranakan Cina-Sweden yang banyak menyimpan rahsia, Farisa mula mengenali perbezaan darjat dan kepercayaan; Namun, perbezaan itu tidak menghalangnya untuk bersahabat baik dengan Daniel. Keintiman persabahatan mereka sering diuji dan disalahertikan namun, mereka tetap teguh dengan pendirian masing-masing. Apatah lagi dengan kehadiran si kecil (Samantha), persahabatan mereka bagaikan terpaut utuh. Daniel banyak membantu Farisa dalam meniti kehidupan yang penuh ranjau. Begitulah sebaliknya, Farisa banyak mengajar Daniel erti sebenar kemaafan serta kasih-sayang lantas membawa Daniel untuk mengenal Islam. Tanpa mereka sedari, waktu yang beredar telah membibitkan perasaan cinta dan saling sayang menyayangi di antara mereka berdua. Kemunculan Rafiq yang ingin merebut cinta lama serta tentangan hebat dari keluarga Daniel dan juga ibunya sendiri sedikit sebanyak menggugat keyakinan Farisa. Ditambah pula dengan kesihatan Farisa yang tidak mengizinkan, perhubungannya dengan Daniel bagaikan mencarik luka di hati. Ajal dirasakan terlalu dekat dengannya. Hanya Samantha yang dapat menghiburkan dan mengembalikan garis-garis senyum di bibir Farisa. Samantha bagaikan jauhari hati yang mampu meniup semangat ke dalam diri Farisa. Namun, sampai bila dia dapat berdampingan dengan Samantha? Akan kekalkan cinta dan sayang Daniel terhadapnya? Hanya waktu yang bisa menentukan segalanya ER -