TY - BOOK AU - Dinie Nazmie Kamiel TI - Mertua Gagal SN - 9789671401088 U1 - Malay DIN N2 - HIDUP berumah tangga secara harmoni bersama suami dikasihi menjadi impian setiap isteri. Impian mengecap keharmonian rumah tangga itu akan menjadi mekar hebat apabila punya mertua sangat menyayangi menantu. Begitulah impian menggunung Mashitah apabila mendirikan rumah tangga bersama Iskandar; Namun segala impian Mashitah itu menjadi lancung apabila ibu mertua, iaitu Puan Sri Khalila jijik melihatnya gara-gara harapan perempuan itu untuk Iskandar mempermaisurikan Tengku Shida musnah sama sekali. “Mama…jangan benar-benar membenci saya. Bukankah jodoh pertemuan itu ditentukan Tuhan yang Maha Esa? Dalam hal ini, Tuhan telah menentukan saya ialah tulang rusuk kiri Iskandar.” MASHITAH Setiap hari, sarapan, merarau dan makan malam Mashitah hanyalah kata-kata kesat yang menyakitkan hati. Ada kala, Puan Sri Khalila mengambil pendekatan mengangkat tangan bagi melepaskan puncak kemarahan terhadap Mashitah. “Aku punya dua cara untuk membuatkan kau merana. Pertama mukamu kutampar berkali-kali sehingga remuk, dan kedua, telingamu akan kunanahkan dengan kata-kata nista paling carut. Kedua-duanya itu kulakukan sepenuh hati tanpa ada rasa kesal.” PUAN SRI KHALILA . Walaupun diganyang mertua begitu zalim, Mashitah tetap menghormati Puan Sri Khalia, tetapi sampai-bila dia harus bersikap seperti perempuan badas di depan perempuan itu? Mashitah tahu, lambat laun aura keberanian harimau yang ada di dalam dirinya pasti akan meletus seperti gunung berapi. Masa itu, sudah pasti Puan Sri Khalila akan melutut dan menyembahnya seperti kadam minta dikasihani… ER -