Arn Faisal

Kasih Untukmu

KEAKRABAN mereka terjalin sejak zaman anak-anak hingga membawa ke remaja dewasa. Daripada menghormati sebagai sahabat hingga mencipta pengertian alam mesra. Demikian takdir mencipta jalinan hidup Adam dan Rina. Atas keinginan mengukuhkan ikatan persaudaraan, kedua-dua keluarga bersetuju menyatukan Adam Rina dengan pernikahan. Segalanya berubah. Semuanya mendinginkan. Di mata Adam, Rina bagai musuh dalam hidupnya, meskipun kehadiran cahaya mata menyerikan perkahwinannya. Hanisah dan Dayang hadir dalam hidup Adam sehingga Dayang terketepi bila Adam memenangkan Hanisah yang dicintai. Bagaimanakah harus Rina memberi cinta pada suami yang dicintai tetapi mengabaikannya. Untuk ара ditabur kasih pada insan seperti itu. Namun, sentiasa dinginkah hati jika panasnya berlimpa han cahaya cinta. Rina menatang Adam bak putera dalam kelopak hatinya. Menggunung kasihnya pada suami sekalipun berdirinya bagai terpinggir di mata Adam. Sampai bila harus mereka memendam cinta? Ingin diluah mulut tak terkata, ingin disimpan hati tak tertanggung rasa.

9789833156078

Malay FAI