Koleksi cerita popular Itik bertelur emas dan cerita-cerita lain
Koleksi Cerita Popular
Pilihan cerita-cerita fabel klasik dunia dalam menyemai nilai-nilai murni, sikap dan kelakuan yang baik bukan sahaja berkesan malah merupakan satu pendekatan yang efektif. Melalui cerita-cerita yang menarik, anak-anak didedahkan kepada pemikiran secara spontan, mengkaji, mentafsir nilai-nilai dan menghubung kait dengan diri sendiri. Proses ini secara tidak langsung memberi rangsangan membentuk keperibadian unggul atau memperbaiki diri. Selain menjadi sumber panduan, amalan murni, jalan cerita dan pilihan kata yang digunakan pasti menarik minat dan mengukuhkan perbendaharaan kata. Iluistrasi yang menarik menambah penghayatan dan keseronokan ketika belajar.