000 01792nam a22001697a 4500
001 2117
005 20240119144204.0
008 240119b |||||||| |||| 00| 0 eng d
020 _a9789674461928
040 _cBooku
082 _aMalay ARY
100 _aArysa Nasir
245 _aGPS Cinta
520 _aAMYLIA dan Khairil Azree bahagia dan punya anak kembar. BFF masing-masing pula masih bujang trang tang-tang. Hidup sunyi tidak berteman. Sepakatlah suami dan isteri mahu menjayakan misi bantuan jodoh antara Taufiq dan Hidayah sehingga duduk bersanding di atas pelamin. Malangnya, hati Taufiq tidak terbuka menerima salam perkenalan Hidayah yang dibawakan oleh Amylia dan Khairil Azree. Apabila kena ‘reject’ mentah-mentah, Hidayah jadi ‘tak hingin’ dengan Tau?q. Mereka ‘berperang’ tanpa mengenali paras rupa dan peribadi masing-masing. Misi bantuan jodoh menemui jalan sukar. Taufiq impikan gadis Latino yang jelita. Hidayah pula tinggi standard piawaiannya dalam mencari teman hidup. Bukan calang-calang lelaki dapat menawan hatinya. Dalam diam, penolakan Taufiq terhadap Hidayah rupa-rupanya ada ‘udang di sebalik batu’. Taufiq tidak mahu kahwin dengan perempuan lain kerana dalam hatinya sudah beraja seorang wanita istimewa. Taufiq memburu Cinderella Khay yang tidak pasti. Bila sudah memandang Hidayah, hati masih berbelah bahagi. Gara-gara Taufiq versus Hidayah, rumah tangga Amylia dan Khairil Azree pula dilanda tsunami. Taufiq wajib kahwin! Kalau tidak, ada hati yang akan merana.Hidayah tak mahu kahwin! Sebab hati Taufiq sudah ada simpuhannya.Kalau itu berterusan, Amylia dan Khairil Azree pula yang akan jadi gila! Bila hati bersimpuh di ruang yang salah, di mana pula cinta sejati hendak bertamu?
942 _2ddc
_cBK
_n0
999 _c2117
_d2117