000 01960nam a22001697a 4500
001 3213
005 20240321141751.0
008 240321b |||||||| |||| 00| 0 eng d
020 _a9789834255220
040 _cBooku
082 _aMalay IZZ
100 _aIzza Aripin
245 _a... Dan Mimpi Pun Bersatu
520 _a... Dan Mimpi Pun Bersatu “ Kucari… Cinta yang tak pernah melukai, Cinta yang tak pernah memungkiri kata hati. ” Anne Cinta pertama sewaktu zaman remaja yang terputus di pertengahan jalan bersambung semula selepas lima tahun berlalu. Lantas dia mengharapkan peluang kedua itu berakhir dengan kegembiraan. Malangnya fitnah yang berakhir dengan tragedi meragut segala kebahagiaan yang diimpikan. Dia mangsa pergolakan politik dan perebutan takhta. Tengku Iskandar Kematian bonda dan kekanda tercinta menjadikan dia pendendam. Misi mencari dalang yang ingin menghapuskan seluruh keturunannya menjadi agenda. Dalam kesungguhannya mencari pengkhianat, dia sendiri mengkhianati cintanya terhadap satu-satunya wanita yang telah memberikan inspirasi dan semangat untuk terus mencari kedamaian. Ayrin Akibat trauma yang dihadapi oleh ibunya, dia membesar tidak seperti gadis biasa. Sepanjang hidupnya dia tidak kenal sesiapa, tiada saudara mahupun rakan yang berkekalan. Dia seorang pengembara yang mengembara mencari erti kehidupan sehinggalah dia tiba di Milenium Perdana. Buat pertama kalinya, dia temui erti hidup dan bersedia untuk mempertahankannya meskipun mengkhianati ibunya sendiri. Zarul Hidupnya lengkap dan bahagia. Kasihnya mekar di Milenium Perdana. Namun tanggungjawab kepada keluarga dan negara memaksa dia mengorbankan segala-galanya. Dia terpaksa meninggalkan kehidupan yang dia kenal semata-mata mahu menjalankan tugasnya terhadap satu kehidupan yang begitu asing. Dalam kekeliruan, cinta yang sedang mekar rupa-rupanya tidak pernah jauh daripadanya.
942 _2ddc
_cBK
_n0
999 _c3213
_d3213