000 02150nam a22001697a 4500
001 4376
005 20240911173235.0
008 240911b |||||||| |||| 00| 0 eng d
020 _a9789674464080
040 _cBooku
082 _aMalay ZAI
100 _aZaifu Zaman Ahmad
245 _aUsu Lijah
520 _aJasmin diburu keresahan setelah kematian Usu Lijah. Dia dapat rasakan yang bayangan Usu Lijah sentiasa berada di mana-mana untuk mengganggunya. Di sekolah ketika mengajar jiwanya tidak tenteram. Dia bagaikan terdengar suara Usu Lijah memanggil-manggil namanya. Di rumah semasa nak melelapkan mata, kelibat Usu Lijah sering melintas di kelopak matanya. Membuatkan dia susah nak tidur. Bayangan Usu Lijah sentiasa menghantuinya.
_bSetelah kematian Usu Lijah, keadaan kampung jadi huru-hara. Penduduk kampung sering diganggu oleh bayangan Usu Lijah. Selagi dia tak dapat apa yang dihendaki, selagi itulah dia akan menjelmakan diri tak kira siang mahupun malam. Yang paling terkesan ialah Pak Zaki dan Mak Bedah. Kedua-dua orang tua ini adalah mangsa seterusnya selain Jasmin. Pak Long Din dan Imam Zakaria telah cuba menghalau gangguan ini tapi tidak berjaya. Malah makin ramai yang kena rasuk. Siapa sebenarnya Usu Lijah? Kenapa Usu Lijah sering memburu Jasmin? Siapa pula Imam Zakaria? Kenapa orang tua Jasmin pula dikaitkan dalam hal ini? Semuanya akan terjawab dalam novel Usu Lijah ini. “Tolong mak usu, Min! Hanya kau seorang aje yang mak usu harapkan. Tiada orang lain. Kasihanlah mak usu.” - Usu Lijah. “Aku tak nak keluar! Ni tempat baru aku. Kau yang sepatutnya keluar! Berambus kau dari sini!” – Man Kren Jasmin terkejut apabila menyedari bahawa tanda-tanda itu ada pada Mak Bedah. Hisy, takkan mak aku! Mustahil! – Jasmin. Iman Zakaria? Terkebil-kebil biji mata Daud. Siapa Iman Zakaria? Sepanjang dia duduk menyewa di kampung ini, haram sekali dia berjemaah di masjid. Manalah dia kenal siapa Iman Zakaria. – Daud “Tolonglah saya imam. Ni melibatkan hidup dan mati keluarga saya. Saya dah buntu tidak tahu apa lagi harus dibuat.” Pak Zaki.
942 _2ddc
_cBK
_n0
999 _c4376
_d4376