000 01953nam a22001697a 4500
001 4449
005 20240915125814.0
008 240915b |||||||| |||| 00| 0 eng d
020 _a9789671401088
040 _cBooku
082 _aMalay DIN
100 _aDinie Nazmie Kamiel
245 _aMertua Gagal
520 _aHIDUP berumah tangga secara harmoni bersama suami dikasihi menjadi impian setiap isteri. Impian mengecap keharmonian rumah tangga itu akan menjadi mekar hebat apabila punya mertua sangat menyayangi menantu. Begitulah impian menggunung Mashitah apabila mendirikan rumah tangga bersama Iskandar.
_bNamun segala impian Mashitah itu menjadi lancung apabila ibu mertua, iaitu Puan Sri Khalila jijik melihatnya gara-gara harapan perempuan itu untuk Iskandar mempermaisurikan Tengku Shida musnah sama sekali. “Mama…jangan benar-benar membenci saya. Bukankah jodoh pertemuan itu ditentukan Tuhan yang Maha Esa? Dalam hal ini, Tuhan telah menentukan saya ialah tulang rusuk kiri Iskandar.” MASHITAH Setiap hari, sarapan, merarau dan makan malam Mashitah hanyalah kata-kata kesat yang menyakitkan hati. Ada kala, Puan Sri Khalila mengambil pendekatan mengangkat tangan bagi melepaskan puncak kemarahan terhadap Mashitah. “Aku punya dua cara untuk membuatkan kau merana. Pertama mukamu kutampar berkali-kali sehingga remuk, dan kedua, telingamu akan kunanahkan dengan kata-kata nista paling carut. Kedua-duanya itu kulakukan sepenuh hati tanpa ada rasa kesal.” PUAN SRI KHALILA . Walaupun diganyang mertua begitu zalim, Mashitah tetap menghormati Puan Sri Khalia, tetapi sampai-bila dia harus bersikap seperti perempuan badas di depan perempuan itu? Mashitah tahu, lambat laun aura keberanian harimau yang ada di dalam dirinya pasti akan meletus seperti gunung berapi. Masa itu, sudah pasti Puan Sri Khalila akan melutut dan menyembahnya seperti kadam minta dikasihani….
942 _2ddc
_cBK
_n0
999 _c4449
_d4449