000 02328nam a22001697a 4500
001 4451
005 20240915130154.0
008 240915b |||||||| |||| 00| 0 eng d
020 _a9789675822421
040 _cBooku
082 _aMalay NUR
100 _aNuris , Nurharyati Ishak
245 _aWaris
520 _aDeris ternampak dirinya berada di suatu tempat yang sunyi dan sepi. Seluruh kawasan itu ditutupi semak samun. Ada sebuah pondok buruk di hujung-hujung penglihatannya. Tidak jauh dari pondok yang sudah usang itu ada sebuah lubuk. Langkah Deris ditandu menuju ke arah lubuk bersebelahan pondok buruk itu.
_bSampai sahaja di lubuk tersebut, dia nampak seseorang sedang berendam di situ. Seorang lelaki yang bertubuh kekar sedang mandi dalam keadaan membelakangkannya. Deris terpasak kaki di tepi lubuk itu. Dia berdiri sambil memerhati. Dalam sekejap waktu sahaja, antara celah-celah semak berdekatan lubuk tersebut, keluar beberapa orang pemuda dengan bertanjak dan berkeris terus menerpa ke arah lelaki yang bertubuh kekar itu. Pertengkaran bermula antara mereka. Pemuda bertubuh kekar itu cuba melawan. Tetapi dalam keadaan dia berseorangan, berlawan dengan lima orang lelaki yang bersenjata, akhirnya dia tumpas. Keris telah menemui mangsa. Tubuhnya dirodok hingga terburai tali perut. Kemudian jasadnya ditolak ke tengah-tengah lubuk sebelum pemuda-pemuda samseng tersebut menyerbu naik ke atas pondok buruk yang kedudukannya tidak jauh dari situ. Seorang wanita sarat mengandung telah dikerumuni oleh lelaki-lelaki samseng seramai lima orang itu. Pergelutan telah berlaku antara mereka hingga akhirnya wanita sarat mengandung itu tewas. Perbuatan keji dan jijik telah terjadi antara mereka. Laknat perbuatan lelaki-lelaki samseng itu! “Kanda, apakah begini akhirnya nasib kita? Kanda dibunuh dengan kejam tanpa rasa bersalah. Dinda diperlakukan bagai haiwan tanpa rasa perikemanusiaan. Apa nasib cahaya mata kita nanti kanda? Kanda… dinda bersumpah! Mulai hari ini dinda tidak akan membiarkan anak cucu cicit kita mengalami nasib yang serupa. Dinda bersumpah kanda! Cukuplah kita dihina! Cukuplah kita dianiaya! Selepas ini tiada siapa lagi yang akan berani-berani menganiaya keturunan kita!” WARIS… Aku sentiasa ada di sekelilingmu!
942 _2ddc
_cBK
_n0
999 _c4451
_d4451